Buat Duit Online

Perolehi Duit Bulanan Dengan Bisnes Online

Subscribe to Buat Duit Online
Subscribe to Buat Duit Online

Archive for August, 2009

Buat Duit Online Dengan Aplikasi Facebook – My Kedai

Posted by borzack On August - 15 - 2009

Facebook bukan setakat program di mana kita dapat berhubung dengan kenalan-kenalan lama dan juga baru. Facebook juga membuka peluang untuk kita buat duit online.

Bagaimana membuat duit online melalui Facebook?

Berita tak baiknya, tak semua orang boleh buat duit online melalui Facebook. Kena ada experience sedikit sebanyak tentang programming. Pereka cipta aplikasi Facebook yang paling banyak buat duit online melalui Facebook. Di dalam aplikasi mereka, akan disertakan banner-banner pengiklanan. Semakin ramai pengguna aplikasi mereka, semakin banyaklah mereka dapat hasil dari jumlah view banner-banner berkenaan.

Akupun baru berjinak-jinak dengan aplikasi Facebook ni. Setakat ni, baru berjaya menghasilkan sebuah aplikasi Facebook yang sangat simple. Aku namakan aplikasi Facebook aku ni sebagai My Kedai.

Aplikasi Facebook - My Kedai

My Kedai ni merupakan ‘kedai’ di mana korang boleh menghantar barang-barang dalam kedai ini sebagai hadiah kepada member-member Facebook korang. Tujuannya hanya untuk suka-suka. Ada beberapa kategori dalam My Kedai. Setakat ni, ada 3 kategori:

  • Ramadan
  • H1N1
  • Merdeka
  • Aidilfitri (akan datang!)

Korang boleh hantar Tepung Pelita secara virtual kepada member korang sebagai kuih untuk berbuka puasa :) Korang juga boleh hantar Oren Ajaib yang mampu melawan virus H1N1 :) Tshirt-tshirt menarik bertemakan merdeka juga boleh di dapati di My Kedai. Kalau korang pengguna Facebook, jangan lupa cuba untuk menggunakan aplikasi My Kedai aku ni :)

Sekiranya ada cadangan barangan/hadiah yang perlu ditambah sila tinggalkan komen.

Selamat kayo!

Popularity: 25% [?]

Dapat Duit Dalam Paypal USD$287.49 – Julai 2009

Posted by borzack On August - 9 - 2009

Ni ada sikit aku nak kongsi. Nak menunjuk sikit lah hahaha. Pendapatan aku buat duit online untuk bulan Julai 2009. Ni duit yang aku perolehi dalam Paypal saja. Tak termasuk cek-cek, Adsense dan pendapatan online yang lain.

Pendapatan Paypal Julai 2009Ni antara program-program yang menjana pendapatan online untuk aku dan dibayar melalui Paypal. Lain kali aku akan terangkan serba sikit mengenai program-program ni.

Text Link Ads – $81.64

Page Peel Ads – $73.90

Chitika – $46.55

Adgitize June 09 – $20.89

Blogrolled – $17.00

Backlinks – $14.00

Viral Ebook – $10.00

GomezPEER – $5.59

HDR Painter – $4.50

Popularity: 47% [?]

Cek Program Affiliate – USD$176.91

Posted by borzack On August - 8 - 2009

2 hari lepas aku dapat satu surat. Tak der stem Malaysiapun. Hmmm… Aku mula tersengih sendiri. Mesti cek dari program affiliate. Memang tepat la sangkaan aku.

Kalau korang nak tau, bukan sekadar Ceramic Business Club jer sumber pendapatan sampingan aku secara online. Aku buat duit dengan blogging jugak. Salah satu cara buat duit online melalui blogging ni ialah dengan mempromosikan produk-produk program affiliate. Aku ada 25 blog! Memang pening kepala la nak maintain. Cuma dua tiga blog jer yang aku betul-betul fokus.

Cek yang aku dapat kali ni adalah hasil promosi aku melalui blog kesihatan aku. USD$176.91 kalau ditukar ke ringgit dalam RM619.45. Kira ok la tu kan kan kan…

Popularity: 24% [?]

Ceramic Business Club Dah Berkubur

Posted by borzack On August - 8 - 2009

Ceramic Business Club dah tiada lagi. Mungkin bukan rezeki aku. Bukan rezeki ahli2 CBC yang lain jugak. Kenalah aku terima kenyataan ni. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Di’tutup’ tak bererti Asia Ceramic buat kegiatan haram / bersalah. Ramai juga orang yang dibicara dan dipenjarakan tapi pada hakikatnya tak bersalah. Cuma mungkin syarikat2 macam Asia Ceramic tak dapat la nak ‘melawan’ kuasa besar negara, BNM tuh. Aku MASIH PERCAYA dengan bisnes CBC sebab aku TIDAK PERNAH MEMBERI DEPOSIT. Yang bukan ahli CBC ni je tak paham-pahan dan mungkin keliru…

Apa-apapun, duit aku yang sangkut tu, pihak mana yang ambil dan guna, aku memang tak halalkan la dunia akhirat. Makan la korang duit haram. Voucher RM500 yang aku redeem tak sempat nak dapat tu pun sama. Saper yang guna memang aku tak akan halalkan. Kita jumpa di akhirat nanti yer :)

Kepada ahli CBC yang lain tu, bersabar ajer lah. Mungkin hari ni bukan hari kita. Tak per. Banyak lagi peluang masih ada untuk cari rezeki tambahan secara online ni. Teruskan berikhtiar :)

Jom kita beramai-ramai tengok peluang ni pulak! Kita bukak lembaran baru.

Selamat kayo!

Popularity: 20% [?]