Pendekatan aku kepada blogging adalah dengan membina beberapa blog yang mempunyai topik2 yang sama. Aku akan senaraikan beberapa faktor yang aku pertimbangkan bila bercadang untuk membina sesebuah blog.
Topik Yang Korang Suka
Antara faktor yang korang kena pertimbangkan semasa membuat pemilihan niche untuk blog korang adalah bidang yang korang ceburi atau minat. Walaupun minat orang lain, permintaan terhadap sesuatu informasi dan keuntungan subjek sesuatu blog adalah sangat penting juga, akan tetapi korang akan mengalami kesukaran untuk menulis sekiranya korang blog mengenai sesuatu yang di luar bidang dan minat korang.
Sebelum korang mulakan sesebuah blog, tanya diri sendiri dulu “Boleh ker aku tulis pasal topik ni selama 12 bulan akan datang?”. Kalau tak boleh, cari topik lain, daripada korang buang masa menulis blog dengan jangka masa yang singkat. Membina sebuah blog yang popular bukanlah boleh berlaku dalam sekelip mata, jadi bersedialah untuk memberikan momentum yang jitu semasa peringkat awal blog korang nanti.
Kekurangan minat tentang sesuatu topik akan menjejaskan kualiti penulisan korang. Pembaca boleh merasai blogger tu menulis dengan penuh minat atau tak. Diaorang akan tinggalkan blog korang sekiranya korang menunjukkan tanda-tanda yang korang tak minat dengan topik yang korang tulis. Read the rest of this entry »
Popularity: 39% [?]


