Facebook bukan setakat program di mana kita dapat berhubung dengan kenalan-kenalan lama dan juga baru. Facebook juga membuka peluang untuk kita buat duit online.
Bagaimana membuat duit online melalui Facebook?
Berita tak baiknya, tak semua orang boleh buat duit online melalui Facebook. Kena ada experience sedikit sebanyak tentang programming. Pereka cipta aplikasi Facebook yang paling banyak buat duit online melalui Facebook. Di dalam aplikasi mereka, akan disertakan banner-banner pengiklanan. Semakin ramai pengguna aplikasi mereka, semakin banyaklah mereka dapat hasil dari jumlah view banner-banner berkenaan.
Akupun baru berjinak-jinak dengan aplikasi Facebook ni. Setakat ni, baru berjaya menghasilkan sebuah aplikasi Facebook yang sangat simple. Aku namakan aplikasi Facebook aku ni sebagai My Kedai.
My Kedai ni merupakan ‘kedai’ di mana korang boleh menghantar barang-barang dalam kedai ini sebagai hadiah kepada member-member Facebook korang. Tujuannya hanya untuk suka-suka. Ada beberapa kategori dalam My Kedai. Setakat ni, ada 3 kategori:
- Ramadan
- H1N1
- Merdeka
- Aidilfitri (akan datang!)
Korang boleh hantar Tepung Pelita secara virtual kepada member korang sebagai kuih untuk berbuka puasa
Korang juga boleh hantar Oren Ajaib yang mampu melawan virus H1N1
Tshirt-tshirt menarik bertemakan merdeka juga boleh di dapati di My Kedai. Kalau korang pengguna Facebook, jangan lupa cuba untuk menggunakan aplikasi My Kedai aku ni
Sekiranya ada cadangan barangan/hadiah yang perlu ditambah sila tinggalkan komen.
Selamat kayo!
Popularity: 25% [?]


