Buat Duit Online

Perolehi Duit Bulanan Dengan Bisnes Online

Subscribe to Buat Duit Online
Subscribe to Buat Duit Online

Memilih Topik Yang Betul – Kunci Kejayaan Sesebuah Blog

Posted by borzack On September - 5 - 2009

Pendekatan aku kepada blogging adalah dengan membina beberapa blog yang mempunyai topik2 yang sama. Aku akan senaraikan beberapa faktor yang aku pertimbangkan bila bercadang untuk membina sesebuah blog.

Topik Yang Korang Suka

Antara faktor yang korang kena pertimbangkan semasa membuat pemilihan niche untuk blog korang adalah bidang yang korang ceburi atau minat. Walaupun minat orang lain, permintaan terhadap sesuatu informasi dan keuntungan subjek sesuatu blog adalah sangat penting juga, akan tetapi korang akan mengalami kesukaran untuk menulis sekiranya korang blog mengenai sesuatu yang di luar bidang dan minat korang.

Sebelum korang mulakan sesebuah blog, tanya diri sendiri dulu “Boleh ker aku tulis pasal topik ni selama 12 bulan akan datang?”. Kalau tak boleh, cari topik lain, daripada korang buang masa menulis blog dengan jangka masa yang singkat. Membina sebuah blog yang popular bukanlah boleh berlaku dalam sekelip mata, jadi bersedialah untuk memberikan momentum yang jitu semasa peringkat awal blog korang nanti.

Kekurangan minat tentang sesuatu topik akan menjejaskan kualiti penulisan korang. Pembaca boleh merasai blogger tu menulis dengan penuh minat atau tak. Diaorang akan tinggalkan blog korang sekiranya korang menunjukkan tanda-tanda yang korang tak minat dengan topik yang korang tulis.

Populariti Sesuatu Topik

Populariti sesebuah opik juga adalah penting selain topik yang korang minati. Korang juga harus pilik topik yang menarik perhatian orang lain. Sama seperti dalam pasaran lain, hukum Supply and Demand juga digunapakai dalam dunia blogging. Korang tidak hanya memasarkan idea hanya kerana korang sukakan sesuatu topik itu, tetapi juga kerana orang lain juga meminati topik itu.

Tetapi, harus diingatkan. Populasi internet mempunyai demografik yang sangat luas. Apa yang memberi minat kepada suatu segmen tak semestinya memberi minat yang sama kepada segmen yang lain.

Cari Dan Ikuti Trend Terkini

Semestinya tak semua topik yang popular akan berkekalan sepanjang masa. Sebagai seorang blogger, korang mesti membuat analisa terhadap jangkahayat sesuatu trend dan mengetahui hala tujunya. Adakah topik itu akan menjadi semakin popular dalam beberapa bulan akan datang? Atau adakah ia akan dilupakan terus? Membuat andaian yang betul apa yang akan menjadi buah mulut orang ramai untuk jangka masa enam bulan akan datang pasti boleh menguntungkan blog korang.

Jadikan satu kebiasaan untuk mencari apa yang orang suka. Tanya diri sendiri “Apabenda yang orang suka cari kat internet?”. Perhatikan berita dan peristiwa semasa yang diperkatan di TV, majalah, surat khabar juga orang sekeliling korang.

Saingan Hebat

Antara salah satu kesilapan seseorang blogger adalah memilih topik yang popular tanpa memikirkan bagaimana untuk menyerlahkan diri dari saingan-saingan sekelilingnya.

Adakalanya, memilih suatu topik yang kurang popular adalah lebih sesuai kerana kurang persaingan.

Membina Sub-Niche

Salah satu cara mencari subjek blog yang menguntungkan adalah dengan menentukan apakah kekurangan blogger yang telah established. Korang boleh fokus kepada kekurang saingan korang dengan memaksimakan topik yang tidak mereka ceburi menjasi sub-niche korang.

Keuntungan Sesebuah Subjek Blog

Blog yang berorientasikan keuntungan sepatutnya mensasarkan topik yang boleh menarik minat pendapatan advertising. Memilih topik apa untuk diblogkan adalah seumpama membuat satu pelaburan. Topik yang menguntungkan adalah topik yang menarik minat segmen pasaran yang menjadi target advertiser ataupun pihak2 sponsor. Tak semua topik blog memberi keuntungan yang sama. Contohnya, program contextual ad seperti Adsense dan YPN tak memberikan sebarang keuntungan langsung kepada sesetengah blog, tapi memberikan beribu-ribu dollar kepada sesetengah blog yang lain.

Jenis pendapatan juga memeberi kesan terhadap keuntungan sesebuah blog. Affiliate marketing sangat efektif untuk sesetengah blog, juga pengiklanan berdasarkan impression.

Setelah mengambilkira faktor2 di atas, korang boleh membuat keputusan untuk memilih topik yang bersesuaian untuk blog korang. Walaupun agak sukar untuk mencari subjek blok yang sesuai yang memenuhi semua kritedia di atas, korang harus lupakannya dan mulakan blogging! Mengetahui kekurangan kepada topik yang korang pilih sudah cukup untuk memberi panduan kepada korang untuk improvekan blog korang.

Popularity: 24% [?]

 Baca ni jugak:

3 Responses to “Memilih Topik Yang Betul – Kunci Kejayaan Sesebuah Blog”

  1. boss says:

    borzack, ada dua persoalan yg jadi perdebatan hangat.. nak buat topik/niche blog yg ada nilai komersial yg tinggi dari segi ads dan permintaan atau pilih blog niche/topik yg kita minat danpandai tapi kurang nilai komersial? apa pendapat ko?

  2. borzack says:

    bagi aku la, kalau ko wat topik yang popular/high demand, saingannya tinggi, ramai orang buat, susah kau nak menonjol, kalau tak pandai SEO listing pun page yang ke beratus2 buat apa. kalau ko buat something yang tak ramai org buat, walaupun kurang permintaan, tapi sainagn tak banyak, ko boleh menonjol dalam niche tu, peratusan untuk ko lebih berjaya adalah lebih tinggi. tapi jangan risau, kalau kau pandai bahagikan masa, buat dua-dua! hehehe…

  3. aminjohar says:

    Yup bagus. Tepat dan releven.

    Buat base on minat dan blog mempunyai Niche tersendiri. blog aku pasal Minisite dan Affiliate so kurang teramat sangat r persaingan berbanding Niche Duit. Senang2x aja leh mengatasi Alexa Rangking mana-mana blog yang Niche power-power kurang dari 5 bulan..

    Apa-apapun Blog perlulah mempunyai bound rate yang serendah boleh dan dapatkan pelawat tetap seramai boleh. Ini r y cukup sukar coz penulisan yang menarik audien/pelawat mampu mengekalkan momentum pelawat sepanjang masa.

Leave a Reply