Update: Ceramic Business Club dah tak wujud!
Hari ni kelas ngaji buat lepas subuh. Pagi-pagi pukul 7 si Nassa dah call aku suruh turun cepat. Aku tumpang kereta dia. Kami sampai dalam pukul 7.20 pagi. Kelas berjalan seperti biasa, dah nak habis Iqra 5 hehehe. Korang jangan gelak. Tau la budak2 sekeloh rendah je belajar Iqra. Aku masa kecik2 dulu memang la ada kelas ngaji. Tapi dah besar jadi setan. Habis semua lupa. Tu la belajar balik dari mula
Anyway, lepas habis kelas ngaji, aku, Nassa dan Lan gi breakfast. Nasi lemak. Lepas breakfast, kami ronda Kajang dan Bangi cari showroom kereta. Memang last week dah plan nak survey kereta. Nassa nak tukar kereta baru. 4 Wheel drive. Aku pun cadang nak tukar kereta. Tapi not now la. Mungkin tahun depan kot. First sekali showroom Suzuki. Model yang menarik perhatian aku ialah Suzuki SX4 Sedan. Boleh tahan. Lepas tu kami pi Nissan. Latio and Sylphy menarik. Dari tepi Sylphy memang cun bagi aku. Next kami pi Toyota. Altis or Camry. Vios tak der pulak time tu. Last sekali cadangnya nak survey Honda. Tapi round punya round tak jumpa-jumpa. Mana nak jumpa, memang tak der showroom Honda area Kajang tu hehehe. Lepas penat masing-masing berangan kereta baru, Nassa balik. Aku ngan Lan gi KL.
Kami gi Lot 10. Lama bebenar tak gi situ. Singgah outlet Crocs. Belek punya belek, terbekenan la aku dengan satu kasut loafer ni. RM249.00. Tak dak diskaun!
Apa lagi, guna duit pendapatan untung CBC aku lah!
Lan pun beli sepasang. Pattern lain la. Dia kena keluar duit poket. Dia baru nak masuk bulan kedua CBC. Rolling tak habis lagi. Jangan jeles Lan. Sabar. Next month bulan terakhir kau keluar duit. Lepas tu dah tak perlu keluar apa-apa dah. Dah boleh terima keuntungan macam aku tiap-tiap bulan
Lepas tu kami masuk Isetan Lot 10. Tak cadang nak beli apa-apa pun mulanya. Sampai kat bahagian beg, ternampak la satu beg ni. Liz Caliborne. Jenama beg pompuan, tapi ni beg lelaki. Beg galas.
![]() |
![]() |
Beg lama aku pun dah nak masuk 3 tahun aku pakai. Lagipun semalam birthday aku. Tak per la sekali sekala memanjakan diri hehehe. Lepas pikir dua tiga kali, aku pun buat keputusan beli beg tu. Ada diskaun kali ni. RM149.40 lepas diskaun. Duit untung CBC jugak la ni pun
So hari ni dekat RM400 jugak aku joli duit CBC aku. Tunggu next month pulak la kot. Aku nak redeem RM500 voucher Parkson
Esok gi kerja pakai beg dan kasut baru huhu!
Popularity: 2% [?]





[...] bonus mingguan tertinggi aku setakat ni. Bersemangat aku bersiap sedia nak pi office… dengan kasut Crocs dan beg baru beli semalam, hasil keuntungan Ceramic Business Club! AKPC_IDS += "179,";Popularity: unranked [?] Baca ni jugak: Bonus Ceramic Business Club [...]